Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual

Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual

PERTH 4 Okt. – Martabak kentang dalam bentuk sejuk beku keluaran Muslim Best yang dipasarkan di Pavilion Malaysia di sini berjaya dijual 100 kotak sehari sejak Perth Royal Show bermula Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Bahagian Francais dan Pemasaran Muslim Best Marketing Sdn. Bhd., Umi Kalsom Salleh, pihaknya membawa 500 kotak martabak untuk dipasarkan pada pameran tersebut yang akan berakhir 8 Oktober ini.

“Kita tidak jangka sambutan begitu baik hinggakan setiap hari sebanyak 100 keping martabak berjaya dijual.

“Pengunjung begitu menggemari martabak ubi kentang dan sayur-sayuran ini kerana ia mudah dimasak dan dipanaskan,” katanya di sini hari ini.

Muslim Best mempromosikan martabak sejuk beku di bawah jenama ‘Murtabak Raja’.

Kotak bersaiz keluarga mengandungi empat keping martabak manakala kotak bersaiz kecil mengandungi satu keping martabak.

Umi Kalsom berkata, pihaknya pada tahun lalu pernah menyertai pameran solo di Perth melalui usaha Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (Komita) bagi meninjau pasaran makanan sejuk beku dalam kalangan penduduk Australia.

Menurutnya, antara pilihan penduduk Australia ialah mereka suka memilih makanan segera selain ia mudah disediakan.

“Pada tahun lalu kami perkenalkan martabak tuna tetapi kurang mendapat sambutan.

Tapi kali ini martabak ubi kentang dan sayur-sayuran sangat digemari pengunjung,” katanya.

Beliau menambah, martabak ubi kentang dan sayur-sayuran itu akan terus dipasarkan di Australia walaupun setelah tamat pameran Perth Royal Show melalui wakil jualan yang bakal dilantik.

“Martabak ubi kentang dan sayur-sayuran ini memang dibuat khas untuk pasaran Australia dan ia tidak terdapat di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Posted in Bisnes | Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Angle Investor, Sleeping Partner diperlukan segera.

Angle Investor,  Sleeping Partner diperlukan segera.

Kami adalah syarikat 100% Bumiputra Melayu Islam.

Kami telah menjalankan kajian lebih 2 tahun dalam pemasaran produk ini.

Kami memerlukan suntikan dana sebanyak RM500,000 dalam pemasaran produk Food and Beverages. Produk Makanan Halal.

Break event point adalah dalam jangkamasa 1 tahun atau kurang.

Pemasaran sekitar koridor utara.

Projek akan bermula di kedah.

Projek jualan dan pemasaran boleh bermula segera dalam masa 1 bulan selepas suntikan dana. Masa 1 bulan diperlukan untuk siapkan belian aset dan siap sedia utuk beroperasi.

Keupayaan perniagaan berkembang 20% setahun.

Pemasaran adalah harian. Jualan produk adalah Tunai. Collection adalah setiap hari.

Tiada sebarang Hutang atau Kredit. Tiada masalah bebanan hutang di sini.

Profit sharing 50%/50%. Profit boleh dibahagi terus setiap bulan.

Projek ini telah dibentang di SME Bank dan projek amat viable diimplementasikan. Namun SME bank tidak dapat membiaya disudut aset tetap.

Kepada sesiapa yang berminat untuk melabur sebagai Angle Investor atau Sleeping Partner boleh menghubungi kami di email ncerdagang@gmail.com dengan subject Angle Investor. Kami akan menghantar proposal lengkap untuk anda.

Maaf kami hanya akan entertain yang benar-benar serius sahaja.

Posted in Pelaburan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Kerja Makan gaji atau kerja sendiri.

Kerja Makan gaji atau kerja sendiri.

Pernahkah anda mengeluh kerana wang tidak cukup? Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan bekerja dengan manusia yang sebenarnya. Anda tahu bahawa anda perlu bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi persoalan yang perlu di jawab adalah untuk siapa anda bekerja?

Jika bekerja makan gaji jawapannya adalah anda berkerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah kepada anda setiap bulan. Upah yang diberikan pula sudah ditetapkan. Anda tahu upah anda setiap bulan, anda tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan.

Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin akan menggugat situasi anda, ini kerana mugkin juga upah yang anda perolehi tidak cukup untuk menampung faktor ini di mana anda sendiri tidak tahu jumlahnya.
Bagi mereka yang bernama majikan pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk pekerja. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada pekerja mereka. Mereka tahu setiap upah yang perlu diberikan kepada pekerja mereka sudah pun ditetapkan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk memberikan upah kepada pekerja mereka. Faktor kecemasan dan kemalangan tidak memberikan banyak kesan kepada mereka tetapi akan memberikan banyak kesan kepada pekerja mereka. Maka sekali lagi anda yang bernama pekerja untuk majikan ini akan menerima situasi wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut.

Oleh yang demikian fikir-fikirkan di mana situasi anda dan fikirkan kemana tujuan anda.

sumber: instantbisnes.com

Posted in Bisnes | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

Loan Kakitangan Kerajaan

Pinjaman Kakitangan Kerajaan

Hotline:

017-5678492,

017-2745068,

017-5726536

Lokasi: Alor Setar, Kedah

Selamat datang.

Kami memberi servis pinjaman kepada semua kaki tangan kerajaan

dan kami juga boleh tutup (overlap) hutang lama.

Dana dari KUWAIT FINANCE HOUSE (KFH),  CORSHARE ,MBSB dan KOPERASI-KOPERASI LAIN .

Pinjaman kakitangan kerajaan:

  • Kadar untung antara 4% – 6% setahun
  • Tempoh maksima 20 – 25 tahun
  • Jumlah maksima pinjaman : RM200,000 – RM250,000
  • Boleh overlap pinjaman lama

Pinjaman MBSB Waslah

  • Sesuai untuk buat overlap
  • Peminjam boleh pinjam sehingga 80% kelayakan.
  • Kadar 4.90% – 5.20%

Pinjaman Coshare

  • Pinjaman Coshare merupakan pinjaman yang memberi payout 100%
  • Kadar untung 4.99%
  • Pinjaman maksima RM200,000
  • Tempoh pinjaman maksima 20 tahun

Pinjaman Koperasi

  • Pinjaman Koperasi sesuai untuk tujuan kecemasan dan untuk kes bermasalah seperti kes blacklist melebihi RM30,000.

 

Jika Anda Berminat sila hantar maklumat seperti di bawah;

Sila isi borang di bawah dan kami akan memaklumkan keputusan kiraan kelayakan kepada anda:

Borang Semakan Kelayakan

Sila Isi Borang Semakan Kelayakan Pinjaman Kakitangan Kerajaan.

*(denotes required field)

Powered by Fast Secure Contact Form

Posted in Pinjaman | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Malaysia Perlu segera cari pasaran baru

Malaysia Perlu segera cari pasaran baru

Oleh AZMAN IBRAHIM
bisnes.utusan@gmail.com

Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Malaysia perlu segera mencari pasaran baharu yang lebih terjamin tanpa terlalu bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pasaran dua kuasa ekonomi dunia itu tidak memberi sebarang jaminan kecuali mendatangkan impak negatif sekiranya negara-negara itu mengalami bankrap.

Katanya, Malaysia tidak perlu bergantung kepada kedua-dua benua yang tidak lagi mempunyai wang untuk membeli barang selain berdepan mengalami krisis kewangan yang berpanjangan.

Setakat ini, kata Dr. Mahathir, 20 peratus perdagangan Malaysia adalah dengan AS manakala 20 peratus lagi dengan Eropah dan angka-angka berkenaan masih tinggi.

‘‘Kita tidak perlu mengurangkannya sehingga sifar, tetapi perlu segera mencari pasaran baharu yang berpotensi.

“Salah satu pasaran baharu yang dilihat berpotensi dan mampu menyediakan pasaran yang baik adalah Turki. Turki berada di tengah-tengah pasaran dunia iaitu di antara barat dan timur, kita perlu ke sana,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Mahathir berkata, Malaysia pada waktu ini dilihat sudah mempertingkatkan hubungan dagangan dengan China yang menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, selain Turki, sekitar rantau Asia turut menjanjikan pasaran dagangan yang baik.

Ditanya permintaan supaya sistem kewangan Islam berkonsep musyarakah (perkongsian keuntungan) diamalkan sepenuhnya di negara ini, Mahathir menjawab, ia terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakannya.

“Jika kerajaan mahu melaksanakan musyarakah, ia boleh dilakukan sekarang,’’ tambah beliau.

Posted in Berita | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment