Usahawan Nasi Ayam Jadi Jutawan dengan jual Menu Nasi Ayam Sahaja

Usahawan Nasi Ayam Jadi Jutawan dengan jual Menu Nasi Ayam Sahaja

Aku nak Tanya siapa Pernah makan Nasi Ayam Tat? Siapa dok Alor Setar tentu tahu tentang Nasi Ayam Tat. Kali ini aku nak bawa satu lagi kisah jutawan. Jenis perniagaan nasi ayam. Branding la ni Nasi Ayam Tat.

Dulu abang Tat kita ni start mula perniagaan nasi ayam di Stadium kalau tak silap aku. Nasi ayam dia memang sedap. Yang best paling murah di Alor Setar. Cuma RM3.50 sepinggan. Dah la makan sedap, ayam goreng pula besar. Kalau tempat lain aku rasa antara RM4.00 – RM7.50 sepinggan.

Lokasi utama perniagaan Nasi Ayam Tat ini di Jalan Sahab Perdana, line Bank Islam. Dibuka dari pagi sampai la 2 pagi. Malam ada sekali dengan sate. Makan, perggh bukan setakat sedap tapi kenyang.

Sekarang ini, Nasi Ayam Tat sudah ada 3 lagi cawangan. Satu di Jitra, Changlun, dan Kuala Sungai.  Agak-agak hangpa berapa income Nasi Ayam Tat sehari? Ni yang paling susah aku nak andai secara betul.  Sebab aku tak selalu duduk di situ.

Ni kira agak-agak saja. Jika 1000 pelanggan sehari x 4 kiosk x RM3.5 sepinggan = RM14,000. Sebulan RM14k x 30 hari = RM420,000. Setahun = RM5,040,000. Jika anggaran 30% = RM1.5 juta. Ni hanya agak-agak saja. Perkiraan hanya atas andaian jualan nasi ayam sahaja.

Apa yang aku nak tarik perhatian anda semua, bahawa berniaga apa pun boleh jadi jutawan. Yang penting usaha gigih dan fokus dalam sesuatu perniagaan. Nasi Ayam Tat merupakan salah satu contoh orang Melayu yang Berjaya dalam perniagaan Nasi Ayam. Ramai orang berniaga nasi ayam, tapi kenapa tak ramai orang boleh jadi jutawan.

Ramai orang terkejut bila abang Tat buka cawangan kedai nasi ayam serentak. Tapi bagi aku, itu perkara biasa. Jika dah boleh balik modal, tambah untung pula, dan kita ada kemampuan untuk mengawal pekerja tidak ada masalah untuk menambah pelaburan dan buka banyak cawangan.

Inilah salah satu contoh minda jutawan, melabur  dalam bisnes yang dijangka akan untung dan pastikan mempunyai banyak saluran paip duit yang mengalir masuk setiap hari.

Jika anda juga berminat nak jadi jutawan nasi ayam, mulakan dengan meninjau pasaran sedia ada. Kemudian buat sedikit kaji selidik. Kaji keupayaan diri, keupayaan pasaran, kemampuan produk, kelemahan dan kelebihan produk nasi ayam anda, harga nasi ayam anda. Dan yang paling penting nasi ayam anda mesti betul-betul sedap. Dan kesedapan itu mesti sama hari-hari. Kalau tidak orang akan makan sekali saja.

Contohilah abang Tat. Walau hanya berniaga nasi ayam saja, perniagaannya berkembang diluar jangkauan. Aku pun tumpang bangga dengan anak Melayu ni.

Psss!!! Jangan lupa beritahu rakan-rakan anda ya tentang website koridor-utara.com ini ya. Paling senang Join Like Facebook koridor-utara.com je. Kiosk
This entry was posted in Bisnes and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>