Usahawan bisnes burger terkejut buat duit RM1 juta dalam masa 3 tahun

Usahawan bisnes burger terkejut buat duit RM1 juta dalam masa 3 tahun

Mungkin tajuk kali ini nampak terlalu over sangat. Namun ini lah hakikatnya. Bisnes gerai burger masih nampak bisnes low class, tak standard dan macam-macam lagi. Namun bagi usahawan yang serius mereka nampak peluang perniagaan yang cukup besar dalam bisnes buger.

Saya pernah berjumpa seorang pelajar yang baru habis SPM yang membuat bisnes gerai burger. Saya tanya apa cita-citanya. Dia beritahu sesuatu yang diluar jangkaan saya. Abang, “saya nak buka 10 kedai burger sekali gus. Jika sekarang 1 gerai saya untung RM50 semalam kalau 10 gerai saya untung RM500 semalam. Kalau 25 hari RM12,500 sebulan. Kalau dah setahun RM150,000. Tujuh tahun saya jadi Jutawan. Sekarang umur saya baru 18 tahun. Cukup umur 25 tahun saya jadi jutawan muda. Hehehe….. Itulah katanya masa saya bersembang dengan dia.

Terkesan dengan kata-katanya saya balik survey di internet. Antara pengeluar daging burger utama adalah Ramly Burger dan lain-lain. Bila aku try focus pada gerai burger, keluarlah macam-macam di google tu. Ada OTAI Burger, ada Oblong Burger, ada Mat Salai, ada Olala Burger, Samurai Burger la dan macam-macam lagi lah.   Dah macam francais burger pula. Bila aku focus pada produk dan keuntungan ternganga aku bila lihat bisnes burger ni Break Even Point dia atau dalam Melayu titik pulangan modalnya kalau buat betul-betul tak sampai sebulan dah balik modal. Jom kita tengok.

Katakan anda labur RM3000 untuk sebiji gerai. Anda jual 300 biji sehari dengan harga RM2.50/sebiji. Katakan untung sebiji RM0.70 = RM210 sehari. Jika 25 hari kerja = RM5250 ç=Lihat kan dah untung dan balik modal.

Kemudaian anda kembangkan sebiji lagi pada bulan kedua. Income jadi RM10500. Kemudian anda kembangkan jadi 4 kiosk pada bulan ketiga. Income jadi RM21,000. Kemudian anda kembangkan lagi bisnes anda jadi 8 kiosk pada bulan keempat. Income jadi RM42,000. Kemudian anda kembangkan sehingga ada 10 kiosk pada bulan ke lima. Maka pendapatan anda sebulan bersih la kiranya jadi RM52,500.

Dalam tahun pertama sahaja anda sudah ada pendapatan bersih lebih RM300,000. Maka dalam tahun ke dua RM52,500 x 12 bulan = RM630,000. Maka For sure dalam tahun ke tiga anda Jadi Jutawan.

Nampak memang mudah nak jadi jutawan gerai burger ni. Tapi disudut implementasi anda akan berhadapan dengan pelbagai dugaan. Namun untuk jadi Jutawan Gerai Burger anda perlu fokus pada produk burger (mesti sedap), lokasi anda berniaga (mesti tempat ramai), margin keuntungan (biar la untung bersih) dan orang kerja (bayar bagi kaw-kaw- Nak best lagi profit bahagi dua pasti confirm orang kerja tak lari).

Jadi sesiapa yang berminat nak jadi jutawan burger, mulalah bertindak sekarang. Setakat impian, setakat proposal atas kertas, setakat motivasi pagi hari, kita pun tak kemana kalau tak da pelan dan tindakan. Bak kata pengarah drama “ACTION”. Baru anda boleh jana pendapatan lumayan dan jadi jutawan.

Psss!!! Jangan lupa beritahu rakan-rakan anda ya tentang website koridor-utara.com ini ya. Paling senang Join Like Facebook koridor-utara.com je. Kiosk
This entry was posted in Bisnes and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>