Bisnes Pasar Malam, Jalan Singkat Jadi Kaya Raya

Bisnes Pasar Malam, Jalan Singkat Jadi Kaya Raya

 

Tahukah anda, bisnes pasar malam adalah salah satu bisnes yang paling lumayan di Malaysia. Bisnes pasar malam yang dianggap sebagai tempat cari makan kelas bawahan telah menjadi lubuk buat duit paling lumayan ketika ini.

Sebab itulah anda akan lihat lebih ramai orang mula berjinak-jinak berniaga di pasar malam. Bukan setakat peniaga tempatan anda boleh lihat lebih ramai orang asing berani terlibat sama ada secara haram atau secara “HALAL” dengan menggunakan lesen orang Melayu, yang berniaga warga asing. Tak percaya try la ronda. Sekarang ini bukan setakat pasar malam, malah sudah masuk pasar-pasar tani, up town night market dan lain-lain lagi.

Sebenarnya pelbagai jenis perniagaan boleh dibuat dipasar malam. Dari bisnes makanan, bahan basah, bahan kering, barang-barang keperluan dan macam-macam lagi la. Kosmetik, pakaian, bundle, kasut, dan pelbagai lagilah. Hatta satu barang satu ringgit pun ada. Cuba-cuba la round sendiri pi tengok pasar malam.

Untung ke bisnes pasar malam ni? Baik, saya pernah berjumpa dengan seorang warga Indonesia (sekarang dah dapat IC Malaysia) yang sudah buat Rumah Banglo lebih 1 juta di Kuala Lumpur. Dia hanya jual barang basah di pasar tani, pasar malam, pasar hari. Sekarang dia sudah ada 5 biji lori dan mempunyai 5 kiosk yang berjalan serentak setiap hari pagi dan malam. Jika keuntungan bersih 1 tempat RM200 x 5 x 2 kali sehari x 25 hari sebulan = RM50,000. Maka setahun bersih RM600,000. Dalam 2 tahun dia dah jadi Jutawan. Kaya raya sekelip mata. Ya bisnes pasar malam yang banyak orang kita pandang hina selama ini, tetapi mereka inilah orang yang selalu berduit. Hinggakan orang asing pun dah ambil alih peluang buat duit ini.

Bukankah bisnes pasar malam salah satu peluang perniagaan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu. Pada ketika itu dengan harapan, orang Melayu akan nampak jalan untuk meningkatkan operasi perniagaan mereka dari 1 kiosk menjadi 10 kiosk atau hingga 100 kiosk, atau menjadi pemborong dan pembekal kepada lebih ramai orang  yang berniaga di pasar malam. Tapi yang terbaliknya sekarang ni, banyak “bukan bumi” yang buat duit dengan jadi supplier kat orang melayu yang berniaga.

Jadi, kepada sesiapa yang teringin buat bisnes pasar malam, pasar tani, pasar hari atau up town night market, kaji-kaji lah dulu barang apa yang anda nak jual. Yang penting “demand” and “supply”. Kemudian nilai keuntungan.  Yang pasti fikir bagaimana nak buat duit dengan peluang perniagaan yang sentiasa terbuka untuk anda. Jangan nak salahkan orang asing dan bukan bumiputra yang sibuk menggali emas di bumi Malaya ini. Yang penting BUAT atau kata mat salleh ACTION.

Psss!!! Jangan lupa beritahu rakan-rakan anda ya tentang website koridor-utara.com ini ya. Paling senang Join Like Facebook koridor-utara.com je. Kiosk
This entry was posted in Bisnes and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Bisnes Pasar Malam, Jalan Singkat Jadi Kaya Raya

  1. Aree says:

    Biag la org nak kata apa pun kat peniaga Pasar Malam….tak heran pun huhuhu….kalau setakat makan gaji dapat RM4K ke RM5K ..baik dok diam jerk….huhuhu..Pasar Malam lagi bgussss huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>