Rasionalisi subsidi dilaksana?

Rasionalisi subsidi dilaksana?

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes.utusan@gmail.com

KUALA LUMPUR 23 Mei – Negara yang kini dihimpit dengan bebanan kewangan berikutan berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia, mungkin terpaksa melaksanakan lagi rasionalisasi subsidi.

Menurut Pakar Ekonomi Kanan AmResearch Sdn. Bhd., Manokaran Mottain, pengekalan subsidi semasa mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi minyak dua kali ganda kepada RM18 bilion pada tahun ini berbanding RM9 bilion pada 2010.

Beliau percaya keputusan menaikkan minyak bukan sesuatu yang mudah bagi kerajaan namun sekiranya meneruskan subsidi semasa, ia akan menyebabkan kewangan kerajaan terjejas teruk.

‘‘Kerajaan boleh meneruskan subsidi ini tetapi adakah kita sanggup melihat kerajaan menggunakan perbelanjaan operasi untuk menampung beban ini.

‘‘Saya tidak percaya ada kakitangan kerajaan yang sedia gajinya dipotong (sekiranya terpaksa menggunakan perbelanjaan operasi) semata-mata untuk menikmati subsidi,’’ kata beliau.

‘‘Bukan mudah untuk menaikkan harga minyak, sama ada di pihak kerajaan yang terpaksa membuat keputusan dan rakyat yang menerima.

Tetapi itulah hakikat yang perlu ditanggung bersama-sama,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Manokaran, bagaimanapun berkata, kerajaan juga perlu bersedia untuk menurunkan harga minyak sekiranya harga emas hitam itu jatuh pada masa depan.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan bebanan rakyat sekiranya rasionalisasi subsidi dilakukan.

Antara inisiatif itu ialah mewu judkan elaun sara hidup bagi kakitangan kerajaan dan swasta.

Malah, kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai rebat dan mengadakan kedai rakyat untuk memastikan kenaikan harga minyak tidak menjejaskan keseluruhan ekonomi isi rumah di Malaysia.

Manokaran berkata, usaha melaksanakan inisiatif itu perlu dilakukan kerana tindakan itu akan memberi kesan ketara kepada seluruh sektor ekonomi.

Psss!!! Jangan lupa beritahu rakan-rakan anda ya tentang website koridor-utara.com ini ya. Paling senang Join Like Facebook koridor-utara.com je. Kiosk
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>