
Jutawan Senyap dari tanah jawa, buat duit lumayan di Tanah Melayu.
Sebenarnya aku baru sahaja habis membaca buku Menjejaki Jutawan Senyap yang di tulis oleh Dr. Rusly Bin Abdullah. Aku benar-benar terperanjat dengan kisah yang di paparkan dan di samping tu menginsafi diri sendiri mengenai betapa kayanya negara kita ini. Di mana kekayaan yang ada itu diambil oleh orang lain yang nampak dengan peluang yang ada. Kita sebagai orang Melayu sama ada tak nampak ataupun sengaja tutup mata buat-buat tak nampak.
Dalam buku Jutawan Senyap Chef Li ini, ramai pendatang asing yang berada di negara kita ini menjadi jutawan. Sebagai contoh katakanlah namanya Mas Joko yang berasal dari Jawa Barat. Datang ke Malaysia pada mulanya sebagai pendatang haram. Pekerjaan yang pertama adalah menjadi kuli kepada tokei goreng cakoi. Namum dia bernekad untuk mencari kekayaan di bumi Malaysia mendorangnya menghadiri kelas Keusahawan yang di kelolakan oleh Dr. Rusly.
Selepas habis berkursus Masjoko berhenti kerja dengan tokei cakoi dan membuka perniagaannya sendiri. Disamping menjual cakoi dia jugak menjual air kacang soya. Kata Suparjo jualan cakoi dan airnya mampu mencecah RM 500 sehari. Bayangkan 30 hari dia akan dapat RM 15 000. Fuhhh lumayan tu. Tu belum masuk lagi jualannya di pasar malam 4 kali seminggu, sekali jualan akan dapat RM 400 x 4= RM 6400 sebulan. Hasil jualan keseluruhan sebulan RM 21400.00. Fuhhh..sungguh lumayan. Setahun RM 256,800. Cukup 5 tahun Suparjo dah jadi jutawan.
Jadi tak malukah kita sebagai orang Melayu rakyat Malaysia merempat di negara sendiri. Tak malukah kita meminta-minta sedangkan badan kita sihat waafiat.
Aku percaya dan sangat-sangat percaya sekiranya masyarakat Melayu kita yang miskin sekarang ni, mengambil pendekatan berniaga kecil-kecilan, tak mustahil mereka boleh jadi jutawan. Jangan asyik nak harap cepat kaya, namun usahanya tiada.
Bagi aku minda kita ini harus dibuka, supaya kemiskinan tegar ini dapat dihapuskan sama sekali………Ingat..kita sudah lebih 50 tahun merdeka. Malu dekat orang indon, orang kemboja, bangla yang dulunya datang sebagai pendatang haram..tapi kini jadi jutawan dah pakai BMW dan Mercedes
Fikir-fikir dan renunglah sendiri….
Ubah minda, ubah sikap ubah matlamat hidup anda, jom sama-sama capai cita-cita jadi Jutawan.



