Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) Sasar sumbangan 4% KDNK

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes.utusan@gmail.com

ISKANDAR Mizal Mahmood (kanan) bercakap mengenai prestasi industri bioteknologi di Kuala Lumpur, semalam. – The Star

KUALA LUMPUR 13 Mei – Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) menjangkakan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) industri bioteknologi sebanyak empat peratus bagi fasa kedua Polisi Bioteknologi Negara (NBP) dengan pelaburan baharu berjumlah RM9 bilion.

Fasa kedua NBP bermula 2011 hingga 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, tumpuan fasa kedua adalah berbeza dengan fasa pertama kerana tumpuan lebih diberikan aktiviti pengkomersialan untuk mencapai sasaran empat peratus KDNK.

”Fasa pertama NBP lebih tertumpu kepada pembangunan kapasiti dan dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2010 telah berjaya membuka pelaburan baharu sebanyak RM5.4 bilion dengan sumbangan KDNK sebanyak 2.2 peratus.

”Melangkah ke hadapan fasa kedua ini akan memperkenalkan pelbagai inisiatif berbeza dan baharu termasuk pembangunan pemasaran bagi membantu syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri untuk terus berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan prestasi NBP untuk fasa pertama di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Kewangannya, Syed Agil Syed Hashim dan Ketua Pegawai Operasinya, Dr. Wan Abdul Rahman Wan Yaakob.

Tambah Iskandar, pembangunan kapasiti masih lagi diteruskan bagi fasa kedua ini selain terus menarik minat pelaburan langsung asing (FDI) datang ke Malaysia bagi industri bioteknologi.

”Namun FDI yang bakal masuk nanti adalah berkualiti serta bersesuaian dengan ekosistem yang telah wujud di Malaysia.

”Pada tahun ini sahaja kami menyasarkan empat syarikat multinasional akan melabur di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pelaburan dianggar sekitar RM4 bilion dan dua dari syarikat tersebut terlibat dalam industrial bioteknologi,” jelasnya.

Terdahulu semasa membentangkan NBP fasa pertama, industri telah merekodkan perolehan sebanyak RM13.5 bilion serta membuka peluang pekerjaan sebanyak 54,776 dan melaksanakan beberapa program pembangunan.

Manakala, Iskandar berkata, fasa kedua sasaran untuk perolehan dinaikkan kepada 150 peratus kepada RM50 bilion, 80,000 peluang pekerjaan dengan 30 hingga 35 peratus adalah berasaskan pengetahuan.

”Industri ini masih muda, sokongan berterusan kerajaan adalah penting dan sekiranya semua perancangan untuk fasa kedua ini berjalan lancar sasaran dibuat pasti akan tercapai,” katanya.

Terdapat tiga fasa pelaksanaan NBP iaitu fasa pertama dari 2005 hingga 2010 untuk pembangunan kapasiti, fasa kedua dari 2011 hingga 2015 untuk pasaran sains dan fasa ketiga dari 2016 hingga 2020 dengan fokus globalisasi.

Psss!!! Jangan lupa beritahu rakan-rakan anda ya tentang website koridor-utara.com ini ya. Paling senang Join Like Facebook koridor-utara.com je. Kiosk
This entry was posted in Gambar and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>