Hari ini aku pi melawat tapak semaian Paksu Rahim dengan Maksu Not. Lama tak pi melawat depa.
Ada la dekat sejam perjalanan dari Alor Setar nak pi tapak depa ni kat Koodiang.
Kalau siapa2 nak melawat aku bagi hint paling senang depan kompleks Bernas Kodiang Kedah.
Sebelah jalan belah kiri ditepi sungai sebelum naik jejambat. Depan Bernas. Siapa yang tak boleh nampak kompleks bernas ni tak tau la. Dah la kala (warna) hijau menyala.
Masa aku pi Maksu not ngan pekerja dia sibuk dok ambik semai nak pi hantar ke tapak sawah yang minta perkhidmatan depa.
Paksu nampak korang sihat, tapi kira okla dari hari tu masa aku pi melawat dia kat Kedah Medi.
Bukan setakat jual semai gulung, tapi depa ni cover semua.
Ada mesin tanam semai, ada mesin tenggala sawah (bajak sawah laa…), ada pek ho (kapal korek…) ada mesin padi, ada mesin…. tah macam-macam lagi laaa…
Bendang depa dekat 100 relong lebih. Depa la ni banyak fokus pada pengeluaran padi benih.
Paksu kata boleh jual mahal sikit, pendapatan adala lebih sikit.
Semusim-semusim dia kata boleh jual antara 60 – 70 palong (kotak la…).
Dia jual antara RM3-RM6 sepalong. Bergantung sama ada jual benih padi gulung saja atau termasuk servis tanam sekali kat sawah.
Semua anak semai padi ni umur antara 25-30 hari.
Sesiapa yang berminat nak beli boleh direct call paksu atau maksu not. Hangpa bagitau aku rekemen laaa…. (dari website koridor-utara.com) Ni no tel depa: 012-4073326
Sesiapa saja nak try bawa kubota ka mesin apa ka nak cuba tanam padi pakat-pakat mai la sini. Maksu dan Paksu yang ramah tamah ni akan layan hangpa best punya. Lawatan agro pelancongan sambil belajar.
Oklah. Sesiapa ada benda story, atau tempak menarik sekitar koridor utara nak share some busines idea kat koridor-utara.com contact la aku.





