Istighfar apabila anda ditimpa musibah

Sekiranya kita ditimpa bala bencana, musibah, malang, kemiskinan, tidak dapat anak, kemarau dan apa saja malang yang menimpa eloklah kita banyakkan istighfar.

Istighfar bermaksud memohon ampun dari Allah.

Istighfar akan membuat hati bersih, jiwa tenang.

Amalkan istighfar setiap hari sehingga hembusan nafas terakhir

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat”. (Hud: 3)

KELEBIHAN ISTIGHFAR :-

1. Istighfar merupakan cermin akan kesadaran diri orang-orang yang bertakwa.

2. Istighfar merupakan sumber kekuatan umat. Kaum nabi Hud yang dikenal dengan kekuatan mereka yang luar biasa, masih diperintahkan oleh nabi mereka agar senantiasa beristighfar untuk menambah kekuatan mereka

3. Istighfar dapat menolak bencana dan menjadi salah satu cara turunnya keberkatan dan rahmat Allah swt.

4. Istighfar akan memudahkan urusan seseorang, memudahkan jalan mencari rezeki dan memelihara seseorang.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong ahli syurga.

Maksudnya : Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau

Psss!!! Jangan lupa beritahu rakan-rakan anda ya tentang website koridor-utara.com ini ya. Paling senang Join Like Facebook koridor-utara.com je. Kiosk
This entry was posted in Islam and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>